Satu kejadian yang mencetuskan kebimbangan orang ramai berlaku apabila seorang budak berusia dua tahun secara tiba-tiba jatuh dari tingkap sebuah bas ketika jalan raya sesak dengan kenderaan. <br /> <br />Kejadian yang berlaku di Sichuan, China itu menjadi perdebatan hangat di kalangan penduduk tentang keselamatan kanak-kanak ketika menaiki bas. <br /> <br />Dalam perkembangan sama, perkhidmatan bas tersebut digantung dan pemandu berkenaan tidak dibenarkan bekerja selama tiga hari bagi membolehkan siasatan dijalankan.
