Ketika siasatan dijalankan nahas EgyptAir terhempas, Mesir percaya ia adalah angkara pengganas dan bukan berpunca daripada masalah teknikal.

Menteri Pertahanan Greece, berkata radar menunjukkan Airbus A320 itu tiba-tiba membuat pusingan mengejut dan menjunam lebih 25,000 kaki sebelum terhumban ke laut.

Penerbangan MS804 dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah membawa 66 penumpang hilang dari radar semalam.

Operasi besar-besaran membabitkan Mesir, Greece, Perancis dan unit tentera Britain sedang dijalankan dekat Pulau Karpathos, Greece dan setakat ini tiada serpihan ditemukan.