Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) kesal bahawa terdapat seorang menteri persekutuan yang mengkritik tindakan kerajaan Pulau Pinang merancang untuk mengenakan tol di terowong dasar laut yang menghubungkan pulau itu ke Butterworth. <br /> <br />Lim merujuk kepada Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan dan seterusnya mencabar kerajaan Persekutuan agar membenarkan Pulau Pinang membina jambatan ketiga, berbanding terowong dasar laut.