Peguam Hanif Khatri menjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya berhubung isu 1MDB dan RM2.6 bilion, dengan membuang orang-orang penting dalam siasatan, seperti bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail. <br /> <br />Katanya, rakyat perlu tanya pada diri sendiri bahawa Deklarasi Rakyat begitu penting dalam menyatakan sokongan rakyat agar Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan. <br /> <br />"Macam mana nak ada bukti, kalau orang yang siasat dilumpuhkan siasatannya," kata Hanif.
