Tiga cedera dalam insiden letupan yang dipercayai berpunca dari bom buatan tangan dalam kejadian yang berlaku dekat kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai pada petang Ahad. <br /> <br />Insiden dikatakan berlaku dekat kaunter daftar masuk di kaunter C di Terminal 2 lapangan terbang terbabit, lapor pihak berkuasa Lapangan Terbang Shanghai menerusi akaun Weibo.