Seorang ahli perniagaan maut ditembak enam das berhampiran dengan plaza tol Sungai Rasau sekitar jam 4.30 petang semalam <br /> <br />Ketua polis Shah Alam Asisten Komisioner Hafien Mamat memberitahu mangsa berusia 43 tahun itu ditembak oleh individu bermotosikal selepas membuat bayaran tol di lorong touch N go. <br /> <br />Tambahnya hasil siasatan polis menemui 10 kesan tembakan di bahagian luar kereta mangsa manakala enam tembakan di badan mangsa.