Viral rakaman kamera litar tertutup CCTV di Masjid Jamek Tedong, Jasin Melaka menunjukkan dua keping kayu penghadang beroda bergerak sendiri di laman sosial sejak beberapa hari ini.

Kejadian aneh itu menarik ramai generasi muda datang ke Masjid pada waktu malam walaupun niat meraka pada mulanya kerana mahu melihat sendiri kejadian seperti yang dirakam CCTV.

Namun menurut Zakaria Lani, siak Masjid tersebut, mereka turut melakukan qiamullail dan solat berjemaah.

Video berkenaan mencetuskan pertikaian sebelum ini dengan ada yang mengatakan ia kerana tiupan angin namun pengerusi masjid tersebut Datuk Akhbar Ali tidak yakin ia disebabkan faktor angin.