Chickaboo, burung unta yang mencuri perhatian selepas ditemui berlari di Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini, telah ditangkap dan dibawa balik ke ladang di Semenyih. <br /> <br />Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Rathimalar berkata binatang itu melompat dari kenderaan ketika melalui depan Universiti Malaya. <br /> <br />Ia bagaimanapun kemudian berlari ke arah lebuh raya kira-kira jam 3 petang.
