Seorang lelaki bangsa Cina menerima pujian para pelayar internet apabila videonya sedang menurap jalan yang rosak di Persiaran Atmosfera, Subang Bistari dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial. <br /> <br />Dalam video berkenaan ada disebut bahawa lelaki itu mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk menurap jalan tersebut. <br /> <br />Para pelayar internet memuji sikap lelaki tersebut yang sanggup berkorban untuk kesenangan orang lain, dan ada juga yang membidas sikap agensi kerajaan terlibat yang tidak membuat kerja.
