Seorang remaja Britain dituduh kerana cuba merampas senjata anggota polis dan mahu membunuh calon presiden daripada Republikan, Donald Trump yang berkempen di Las Vegas. <br /> <br />Menurut tuduhan ke atasnya di mahkamah Navada, Michael Sandford cuba merampas pistol anggota polis tetapi dia ditangkap. <br /> <br />Dia dikatakan memandu dari Carlifornia ke Las Vegas "untuk membunuh Trump" dan sehari sebelum hari kejadian, dia ke lapang sasar untuk belajar menembak kerana dia tidak pernah menembak sebelum ini.
