Orang ramai terkejut ternampak satu 'fenomena' aneh apabila formasi awan luar biasa kelihatan seperti 'ombak besar' dan 'puting beliung' di beberapa daerah di pantai barat Beaufort, Sabah, pagi tadi. <br /> <br />Difahamkan, keadaan gumpalan awan luar biasa itu disedari di antara jam 7.30 pagi hingga 8 pagi iaitu ketika gerimis sebelum disusuli hujan lebat. <br /> <br />Cuaca ketika itu mendung, sedikit berangin dan gerimis. Bagaimanapun, selepas hujan , keadaan awan kembali seperti biasa.