Seorang lelaki maut selepas meletupkan dirinya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Solo di Jawa Tengah Indonesia pagi tadi.

Menurut laporan tempo.co kejadian beraku kira-kira jam 7.35 pagi.

Sumber berkata lelaki belum disahkan identitinya itu cuba merempuh masuk ke kawasan ibu pejabat polis wilayah berkenaan sebelum meledakkan dirinya.

Maklumat awal menyatakan seorang anggota polis tercedera dalam serangan itu.