Satu insiden pergaduhan berlaku selepas perlawanan Piala Malaysia malam tadi antara penyokong Felda dan Negeri sembilan. <br /> <br />Polis menahan empat orang dalam kejadian di stadium Tun Abdul Razak, Jengka itu. <br /> <br />Ketua Polis daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata suspek berusia antara 17 hingga 39 tahun di tahan di dalam bas berhampiran Plaza Tol Chenor.