Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat Konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) diminta mempertimbangkan untuk menyediakan kawasan khas di laluan Terowong Menora bagi kenderaan yang menghadapi masalah untuk berhenti. <br /> <br />Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, cadangan itu bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama membabitkan kenderaan berat seperti bas dan lori. <br /> <br />Beliau mengulas kemalangan membabitkan bas ekspres merempuh 10 kenderaan dekat Terowong Menora pada Ahad lalu.