Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 260.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar semalam. <br /> <br />Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Shafiq Danial Alias, 18, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Nur Hafiz Mohd Ridzwan, 20, patah kaki. <br /> <br />Pegawai Turus Trafik Negeri, DSP Mohd Mahiri Hussin berkata siasatan awal mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu Muhammad Shafiq hilang kawalan sebelum terbabas.
