Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya mengenai kes hasutan 'sine die' bekas aktivis pelajar, Muhammad Safwan Anang hari ini untuk mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak.

Menurut Hakim Mohtaruddin Baki, kes ini agak teknikal, jadi ia memerlukan masa untuk menimbangkannya.

Sebelum ini, Safwan dijatuhi hukuman 10 bulan penjara selepas didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dalam satu ucapan pada 13 Mei 2013.

Beliau dituduh membuat ucapan menghasut untuk menggalakkan orang ramai menggulingkan kerajaan yang sah melalui cara tidak sah.