Timbalan datuk bandar daerah Sisli di Istanbul ditembak di kepala oleh seorang penyerang yang tidak dikenali.

Media tempatan melaporkan suspek memasuki pejabat timbalan datuk bandar sebelum kedengaran bunyi tembakan.

Al-Jazeera melaporkan pihak berkuasa tempatan berkata mangsa Cemil Candas ditembak kerana pertikaian mengenai permit bangunan.

Cemil Candas adalah warga negara Turki yang beragama Yahudi.