Presiden Filipina yang baru, Rodrigo Duterte menegaskan beliau tidak akan menunjukkan belas kasihan dalam usahanya membanteras penjenayah yang dilindungi aktivis atau padri. <br /> <br />Dalam ucapan ke seluruh negara, katanya ini kerana penjenayah terbabit tidak kasihan kepada orang ramai. <br /> <br />Setakat ini, lebih 200 suspek terbabit dalam kegiatan dadah atau 11 orang sehari ditembak mati oleh polis sejak beliau memulakan tugas pada 30 Jun lalu.
