Solar Impulse 2 mencatat sejarah apabila selamat mendarat di Emiriyah Arab Bersatu, UAE, selepas mengelilingi dunia tanpa menggunakan setitik pun minyak bagi menggalakkan tenaga diperbaharui. <br /> <br />Pesawat ini mendarat pada pukul 4.05 waktu tempatan di ibu negara Abu Dhabi selepas terbang 48 jam dari Kaherah, destinasi terakhir dalam penerbangannya yang bermula 9 Mac tahun lalu. <br /> <br />Ia mencatatkan perjalanan 42,000 kilometer merentasi empat benua.
