Pemimpin politik veteran, Yuriko Koike meraikan kemenangannya selepas dipilih sebagai gabenor Tokyo yang baharu. Beliau adalah wanita pertama yang dipilih untuk jawatan itu. <br /> <br />Media termasuk NHK dan media lain turut meramalkan beliau boleh menang selepas pengundian berakhir kira-kira jam 8 malam tadi. <br /> <br />Koike berusia 64 tahun ditentang 21 calon. Pemilihan itu diadakan selepas bekas gabenor Yoichi Masuzoe berunur kerana terbabit dalam skandal kewangan.
