Beberapa keping gambar menjadi viral menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai pengedar dadah ditembak mati oleh lelaki bersenjata ketika sedang melalui jalan Pasay Rotunda di Manila, pada 23 Julai lalu. <br /> <br />Detik-detik sayu dirakam apabila Jennilyn Olayres sedang meratapi mayat suaminya yang mati ditembak ditepi jalan. <br /> <br />Bagaimanapun, dalam laporan CNN, Olayres menolak dakwaan bahawa suaminya, Michael Siaron hanya seorang pemandu teksi yang tiada kaitan dengan perniagaan dadah.