Rakaman kamera litar tertutup CCTV di sebuah taska di Subang Jaya viral di laman sosial.

Ini kerana seorang ibu sarat mengandung berjaya menumpaskan seorang perompak yang cuba merompaknya.

Dalam kejadian itu seorang lelaki datang menaiki sebuah kereta berhenti ditepi kereta wanita terbabit yang sedang menunggu anak di hadapan taska.

Lelaki itu dikatakan masuk ke dalam kereta wanita itu dan duduk di kerusi pemandu namun si ibu berjaya bergelut,menumbuk dan menarik keluar lelaki itu yang bersenjatakan parang.

Keadan menjadi panik dan anak-anak di dalam taska menangis ketakutan namun keadaan kembali pulih dan laporan polis telah dibuat selepas lelaki terbabit berjaya diberkas.