Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata tuntutan mahkamah baru-baru ini oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tidak membabitkan dirinya, kerajaan Malaysia atau 1MDB secara langsung.

Bulan lalu, Peguam Negara Amerika, Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil sedang diambil untuk mendapatkan semula aset lebih AS$1 bilion 1MDB dalam pengubahan wang haram.

"Saya ingin kata bahawa apa yang dilakukan oleh DOJ baru-baru ini tidak membabitkan saya, atau kerajaan Malaysia, atau 1MDB secara langsung," kata Najib kepada stesen televisyen Indonesia Metro TV.

"Saman itu menamakan lima orang.

"Ini bukan saman jenayah, tetapi saman sivil," kata Najib, yang dalam rangka lawatan ke ibu negara Indonesia.