Satu video memaparkan Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan perkataan “keling” kini beredar di media sosial dan aplikasi pesanan Whatsapp sejak semalam.

Pengedaran itu dikesan ketika MIC akan mengadakan majlis makan malam sempena 70 tahun parti itu hari ini.

Najib, penyokong yang bertukar seteru politik Mahathir, dijadual merasmikan acara itu malam ini.

Video 25 saat itu dipercayai dirakam dalam acara “Selamatkan Malaysia” di Langkawi pada Mei lalu.

Ia memuatkan kritikan Mahathir terhadap cara Najib menangani kumpulan bersenjata IS di negara ini.

Bagaimanapun konteks kenyataan itu dibuat tidak jelas.

“Oh, pasal Najib berjuang lawan IS. Kita tengok gambar Najib pegang senapang selalu, lawan dengan IS. Kata apa... orang Keling kata 'podah'. Ini bohong,” kata Mahathir dalam video ringkas itu.