Polis menahan dua penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang telah membawa masuk suar ke dalam Stadium Ipoh pada perlawanan
Liga Super antara pasukan Perak dan JDT, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata satu kertas siasatan telah dibuka terhadap dua penyokong berkenaan yang masing-masing berumur 25 dan 31 tahun itu di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Kata beliau, pihaknya telah menerima sebanyak tujuh laporan polis sehingga pukul 4 petang tadi yang membabitkan dua laporan kecederaan pegawai atau anggota polis yang bertugas serta lima laporan daripada penyokong Perak.

Menurutnya, satu kejadian pergaduhan telah berlaku selepas tamat perlawanan antara penyokong pasukan Perak dan JDT ekoran provokasi antara kedua-dua belah pihak.