Pergerakan Puteri UMNO Kota Bharu memohon maaf secara terbuka selepas rakaman tarian gelek pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Khamis lalu menjadi viral.

Dalam kenyataan di Facebook, Puteri UMNO Kota Bharu berkata mereka akur dan merasa amat kesal atas kesilapan tersebut.

Rakaman yang tersebar itu menunjukkan empat penari wanita berpakaian menutup aurat dan bertudung tetapi mempersembahkan tarian gelek sebagai pembuka acara tersebut.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Facebooknya berkata mesyuarat perwakilan seharusnya diisi dengan nilai yang baik, bukannya dengan perkara yang boleh memudaratkan perjuangan.