Seorang pemilik kereta dipercayai tertinggal kunci kereta di dalam kenderaannya ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Presint 9D, Putrajaya. <br /> <br />Bantuan anggota bomba dari Balai Bomba Putrajaya akhirnya berjaya membuka pintu kenderaan tersebut tanpa sebarang kerosakan dengan menggunakan peralatan khas iaitu 'Spacer Kit'.
