Selepas lebih dua minggu atlet seluruh dunia menyertai temasya Olimpik Rio 2016 berhempas pulas memburu kejayaaan, mereka bergembira memeriahkan upacara penutup di Stadium Maracana. <br /> <br />Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, IOC, Thomas Bach menyifatkan olimpik yang pertama kali diadakan di bumi Amerika Selatan, Brazil sebagai temasya yang menakjubkan. <br /> <br />Beliau kemudian menyerahkan bendera olimpik kepada Gabenor Yuriko Koike, yang menjadi penganjur temasya tersebut pada 2020.
