Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengajak ahli UMNO berbincang dan bermesyuarah dalam mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah atau perselisihan faham, mengikut adab Islam dalam menegur kepimpinan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis PM Bersama Kita dan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tumpat, Kelantan, pada Sabtu.

Najib berkata ahli parti perlu melihat konsep syura di zaman Nabi Muhammad SAW dalam membincangkan sesuatu isu dan bukannya terus menyerang pemimpin.

Najib juga turut mengingatkan sirah Nabi Musa mengenai bagaimana baginda diperintah untuk menasihati Firaun secara berhemah dan bukan menjatuhkannya secara tidak sah.

Perdana Menteri berkata beliau bukanlah sempurna namun berharap teguran kepadanya dilakukan mengikut perlembagaan parti dan berdasarkan amalan Islam.