Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, terpaksa bergelut detik cemas apabila apabila kepalanya tersangkut pada sofa di sebuah kedai yang terletak di Tongren, wilayah Guizhou, China, pada Sabtu lalu. <br /> <br />Dalam insiden itu, kanak-kanak itu cuba memasukkan kepalanya ke dalam lubang yang dijumpai pada sofa mengakibatkan kepalanya tersangkut. <br /> <br />Pasukan bomba dikejarkan ke lokasi bagi menyelamatkan mangsa dengan sofa tersebut terpaksa dipotong untuk mengeluarkan kepala budak berkenaan.
