Khaled Hanafy Menteri Bekalan Mesir mengumumkan peletakan jawatannya selepas dilaporkan bertanggungjawab terhadap satu perjanjian gandum yang mengakibatkan kerugian puluhan juta dolar kepada negara itu. <br /> <br />Hanafy mengumumkan perkara tersebut dalam satu siaran di televisyen. <br /> <br />Media tempatan Mesir melaporkan pembekal didapati menjual gamdum import murah sebagai keluaran tempatan bagi mendapatkan subsidi dan mengakibatkan kerajaan menanggung kerugian kira-kira AS$55 juta (rm221.59 juta)
