Video peguam menunjukkan isyarat 'jari tengah'nya menjadi viral apabila netizen mengkritik tindakannya sejurus selepas menamatkan soalannya di program Wacana Sinar Harian, semalam. <br /> <br />Sebelum itu Siti berdiri untuk bertanya kepada panel dengan mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara. <br /> <br />Siti menjadi antara penonton yang menyertai Wacana Sinar Harian siri ke-41 anjuran akhbar berkenaan di Shah Alam.
