Saham Samsung menjunam selepas syarikat gergasi elektronik Korea Selatan menggesa pengguna menghentikan penggunaan telefon pintar Galaxy Note 7 kerana insiden baterinya meletup. <br /> <br />Ia mencemaskan seluruh dunia dan berikutan itu syarikat penerbangan tidak membenarkan penumpang menggunakan telefon itu dalam penerbangan mereka. <br /> <br />Samsung Electronics pada 2 September lalu mengumumkan memanggil semula semua bateri "phablet" yang menyebabkan telefon itu terbakar ketika pengecasan.
