Anak perempuan Allahyarham Datuk Dr Haron Din memberitahu doktor merawat bapanya yang dikenali sejak 16 tahun lalu, Prof Alan C Yeung dari Pusat Perubatan Universiti Stanford banyak kali menitiskan air mata sejak pemergian Mursyidul Am Pas itu. <br /> <br />Dr. Huda Haron yang dipetik Sinar Harian berkata, Dr Alan menyifatkan Allahyarham bapanya itu sebagai pesakit beliau yang paling baik dan gigih dalam apa juga keadaan. <br /> <br />Menurutnya lagi, Dr Alan sering bersama keluarganya sepanjang detik cemas dan getir mereka di sana.
