Tiga maut dan lebih 100 cedera apabila sebuah tren NJ TRANSIT yang sarat dengan penumpang merempuh stesen, di Hoboken, New Jersey, Amerika <br /> <br />Kemalangan itu juga menyebabkan kerosakan besar bangunan stesen berkenaan dan menghentikan perkhidmatan kereta api ketika waktu puncak. <br /> <br />Ia berlaku sekitar jam 8.45 pagi hari ini ketika tren berkenaan menghampiri stesen di trek 5 dari Spring Valley, New York menerusi jaringan Pascack Valley Line.
