Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membidas kritikan terhadapnya tentang isu pertuturan bahasa Inggeris ketika beliau berucap di Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York baru-baru ini.

Katanya beliau tidak berkecil hati dengan kritikan tersebut malah menegaskan bahawa jika kita lahir dan dibesarkan di Malaysia tetapi tidak pandai berbahasa Melayu itu lebih memalukan.

Dalam hal ini, beliau mempersoalkan kedudukan rakyat Malaysia yang tidak pandai berbahasa Melayu tambahan pula jika seseorang itu bergelar pemimpin.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Pewakilan Ipoh Barat, di Bangunan UMNO Perak Ipoh semalam.