Kerajaan negeri memberi tempoh selama lima hari kepada pemilik sebuah pusat jagaan warga emas di Taman May Fair, Klebang di sini, menutup operasi mereka. <br /> <br />Arahan dikeluarkan hari ini itu susulan kejadian seorang wanita warga emas berusia 70-an dipukul di kepala oleh seorang lelaki berusia 56 tahun dipercayai pemilik pusat jagaan terbabit. <br /> <br />EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, berkata selain kes itu menjadi viral di media sosial, arahan penutupan juga disebabkan premis berkenaan tidak berdaftar.
