Satu rakaman empat lelaki bersenjata parang dan tukul menyimbah cat pada sebuah rumah di Jalan Sepah Puteri 5/14, Seri Utama, Kota Damansara viral di laman sosial. <br /> <br />Dalam rakaman kejadian sekitar jam 2.30 petang itu memaparkan suspek turut mengugut pengawal keselamatan menggunakan parang bagi membuka palang ketika mahu keluar dari kawasan perumahan berkenaan. <br /> <br />Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mohd Ali Thamby mengesahkan kejadian dan berkata polis sedang mengesan suspek yang dipercayai 'ah long' dan datang ke rumah berkenaan untuk menagih hutang.