Trinity Gay meninggal dunia di Pusat Perubatan University of Kentucky.

Ejen atlet berkenaan, Mark Wetmore, mengesahkan anak perempuan Gay terbunuh.

Polis Lexington berkata, anggota polis yang bergegas ke tempat letak kereta di sebuah restoran berhampiran kampus University of Kentucky di Lexington kira-kira jam 4 pagi selepas beberapa saksi membuat laporan mengenai bunyi tembak menembak antara dua kenderaan.

Pegawai polis mengesan salah satu kenderaan terbabit dan menahan dua suspek untuk disoal siasat.