Kedua-dua calon merebut jawatan presiden Amerika memperhebatkan kempen pada saat-saat terahkir menjelang pembuangan undi pada 8 November.
Calom Demokrat Hillary Clinton dan pesaingnya daripada Republikan Donald Trump menumpukan perhatian di negeri penting di Ohio, Pennsylvania dan New Hampshire.

Sementara itu, pihak berkuasa Amerika sedang menyiasat kesahihan maklumat kemungkinan serangan pengganas oleh Al-Qaeda di beberapa lokasi di negara itu.

New York, Texas dan Virginia antara negeri yang berpotensi menjadi sasaran serangan pengganas sebelum pilihan raya.