BR1M yang diberi kerajaan kepada golongan berpendapatan RM4,000 ke bawah adalah untuk membantu mereka menampung bayaran GST apabila membeli barang yang diperlukan. <br /> <br />Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abd Ghani menjelaskan, bagi golongan ini, mereka berbelanja 75 peratus untuk barangan asas yang tidak dikenakan GST. <br /> <br />"Tetapi yang 25 peratus lagi tidak boleh dielakkan kerana produk berkenaan dikenakan GST," katanya pada Bual Bicara Berita Harian: 'Bajet 2017: Siapa Untung?' di Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.