Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menggesa masyarakat Cina untuk menilai keikhlasan pakatan terbaru antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Pakatan Harapan (HARAPAN). <br /> <br />Dalam ucapannya semasa mesyuarat agung tahunan MCA ke-63 hari ini, Najib berkata, kerjasama antara Presiden BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai tidak tulen kerana kisah lampau permusuhan mereka.
