Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata partinya terkejut dengan hukuman 18 bulan penjara ke atas Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen semalam setelah didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lalu. <br /> <br />Lim berkata Rafizi adalah pemimpin muda pembangkang yang baik dan ini adalah kerugian kepada pembangkang apabila Rafizi tidak dapat bertanding pada PRU14 jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat. <br /> <br />Beliau berkatanya kepada media selepas ucapan Bajet 2017 Pulau Pinang di Dun sebentar tadi.
