Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli mencabar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding di kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang. <br /> <br />Daripada semua reaksi ekoran sabitannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) pada hari Isnin, Rafizi berkata, yang dia tidak tahan adalah dari Shahrizat. <br /> <br />Rafizi didapati bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah OSA dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan pada hari Isnin, dan hukuman itu berjalan serentak.