Surprise Me!

Jalan sesak 10km , 11 kenderaan terlibat kemalangan di PLUS

2016-11-18 1 Dailymotion

11 kenderaan termasuk sebuah lori terbabit dalam kemalangan di Kilometer 321 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, 10.30 pagi tadi.

Kejadian itu mengakibatkan kesesakan lebuh raya sepanjang kira-kira 10 kilometer selepas kesemua laluan ke selatan ditutup.

Difahamkan, kemalangan itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan hanya tiga mangsa mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Laluan di lebuh raya itu dibuka semula 12.15 tengah hari tadi selepas semua kenderaan dialihkan sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut masih belum diperoleh daripada pegawai penyiasat.

Buy Now on CodeCanyon