Video gol 'magis' jaringan Faiz Subri mencatat tontonan tertinggi setakat ini berbanding dengan video penjaring gol yang lain bagi anugerah Puskas 2016 di laman YouTube FIFA. <br /> <br />933,317 tontonan setakat jam 10 pagi tadi dan menerima 1534 komen positif yang memuji gol berkenaan. <br /> <br />Senarai video gol lain menurut urutan jumlah tontonan diikuti gol Marlon dari Brazil 760,810 tontonan, Neymar 723,745 dan Lionel Messi sebanyak 720,452 tontonan.