Sebuah kereta musnah terbakar selepas melanggar seekor ular sawa yang melintas jalan hingga menyebabkan keretanya merempuh tebing longkang. <br /> <br />Unit Bantuan Kecemasan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sukor Hashim berkata kejadian itu berlaku pada 8.50 pagi semalam. <br /> <br />Kereta Proton Pesona itu dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun terbabas ketika cuba mengelak ular sawa yang melintas jalan dan melanggar batu sempadan jalan sebelum terbakar.