Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 melabuhkan tirainya pada Ahad,3 Disember lalu.

Banyak yang berlaku sepanjang PAU 2016 berlangsung dan antara yang paling mencuri tumpuan adalah ucapan usul agama dan pendidikan dari wakil Negeri Sembilan.

Ucapan yang disampaikan oleh saudara Syamsul Amri bin Ismail atau lebih dikenali dengan nama Syamsul Debat.

Syamsul Debat yang merupakan penceramah selebriti di saluran tv Al Hijrah menyampaikan ucapannya pada pagi 3 Disember.

Rakaman ucapannya yang penuh dengan teguran dan nasihat-nasihat agama itu menjadi video paling trending di carian Youtube sejak beberapa hari ini.

KiniTv BM menyiarkan semula ucapan penuh Syamsul Debat untuk tontonan anda semua.