Berita Harian online melaporkan satu kejadian rompakan di sebuah premis di Jalan Sepakat, Bagan Serai berlaku pagi tadi.

Kejadian sekitar jam 11.35 pagi itu di mana empat perompak bertopeng dan bersenjatakan kapak, tukul dan senapang patah melarikan lima dulang barang kemas dalam tempoh beberapa minit.

Ketua Polis Daerah Kerian Superitendan Omar bakhtiar Yaacob mengesahkan kejadian dan berkata polis masih menyiasat termasuk nilai anggaran kerugian.

Sementara itu, laman Facebook Kelab Info Malaysia memuatnaik rakaman video jarak jauh ketika kejadian rompakan berlaku dan gambar selepas kejadian rompakan terbabit.