Tokoh ulung, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang memusnahkan negara dengan berpaksikan kepada kuasa di sebalik isu tuduhan rasuah.

Dalam wawancara yang dimuat naik AFP, bekas perdana menteri itu merancang akan berkempen bersungguh-sungguh untuk pembangkang dalam PRU14.

Mahathir juga mendakwa, Najib membawa pendekatan perkauman dalam pentadbirannya, di mana pilihan raya umum kelak digambarkan di antara Melayu menentang Cina, atau Cina menentang Melayu.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=xsoOdIJO0TY